ONEXOX
BannerFans.com

Kisah Anak Patung Seram Di Singapura Tersebar Di Twitter

on Sunday, June 8, 2014

Kisah anak patung seram di Singapura tersebar di Twitter. Menerusi laman sosial, kini trending cerita penemuan anak patung dengan mata ditutup menggunakan kain yang tertera kalimah Allah di sebatang pokok di Hougang Singapura. Pemilik patung seram tersebut merupakan salah seorang pengguna laman twitter dengan nama akaun “Narcosis (S_chadenfreude)”. Tinjaun terkini pihak kami mendapati pemilik akaun twitter tersebut sudah dipadam. Berdasarkan maklumat rasmi, pemilik patung berkenaan merupakan salah seorang pengemar mengumpul koleksi patung antik.



Petikan Komen Pemilik Di Laman Twitter

Menurut pemilik, patung tersebut didapati bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lantas dia telah menutup mata patung berkenaan dengan ayat kalimah Allah dan meletakkannya di sebatang pokok. Tambahnya lagi, dia berbuat demikian supaya patung itu tidak mengikutinya lagi atau sesiapapun. Selain itu, dia turut mendakwa memiliki lebih kurang 10 patung antik berkenaan. Namun, salah satu daripada patung tersebut agak luar biasa dan berpuaka.






Gambar Penemuan Patung Seram Di Singapura

Beberapa keping foto yang tersebar dilaman sosial menunjukkan penemuan patung berkenaan disebatang pokok di Hougang Singapura.





Koleksi Patung Oleh Pemilik Akaun Twitter “Narcosis (S_chadenfreude)”

Berikut adalah koleksi patung antik yang diambil dari gambar twitter pemilik patung berkenaan. Menurutnya, kesemua patung tersebut bertindak sebagai pelindung atau ” guardian’ dirinya.



Fakta Kes Penemuan Anak Patung Seram Di Singapura


  • Pemilik patung menggunakan akaun twitter “Narcosis (S_chadenfreude)“.
  • Pemilik anak patung tersebut merupakan seorang gadis remaja yang beragama muslim/ Islam. Dia juga mendakwa mempunyai 10 koleksi anak patung antik.
  • Pemilik itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sering bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pemilik patung itu juga mendakwa bahawa patung tersebut sebagai pelindung dirinya.
  • Salah sebuah rancangan TV Singapura iaitu Ghost Files Singapore tertarik dengan kisah tersebut dan cuba menghubungi pemilik patung berkenaan. Namun, pemilik patung tersebut terus memadam akaun apabila diminta untuk wawancara.
  • Keesokkan harinya, seorang Ustaz dari masjid berdekatan telah melawat patung berkenaan namun tiada kejadian aneh atau mistik dilaporkan berlaku.




Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved